· info · 1 min read
Berapa Pendapatan Pemandu Grab?
Grab ialah platform perkhidmatan e-Hailing yang menghubungkan penumpang dengan pemandu. Ia sama dengan perkhidmatan e-Hailing lain seperti InDriver dan Maxim. Pemandu Grab boleh menggunakan kenderaan sendiri atau menyewa kereta untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada penumpang yang memesan perkhidmatan melalui aplikasi Grab.
Menurut The Star, sebuah akhbar Malaysia, pemandu Grab di Malaysia boleh menjana pendapatan sehingga RM 5,000 sebulan. Laporan lain oleh The Edge Markets menyatakan bahawa pemandu Grab di Malaysia boleh mendapat antara RM 3,000 hingga RM 4,000 sebulan. Walau bagaimanapun, jumlah wang yang tepat yang diperoleh oleh seorang pemandu bergantung kepada pelbagai faktor seperti bilangan jam kerja, lokasi, dan permintaan untuk perjalanan. Namun begitu, seorang pemandu grab berkongsi pendapatannya bulananya pernah mencecah sebanyak RM 5,000 - RM 6,000.
Pendapatan Pemandu Grab Sampingan
Mengikut perkongsian seorang pemandu grab yang lain pula, pendapatan yang dijana sebagai pemandu grab sampingan (Part-Time Grab Driver) pula dianggarkan sebanyak RM 1,000 sehingga RM 2,500 bergantung kepada hari dan kawasan operasi.
Berikut Adalah Ringkasan Pendapatan Pemandu Grab
Pendapatan | |
---|---|
Harian | RM 50 - RM 200 |
Mingguan | RM 200 - RM 1,300 |
Bulanan | RM 1,500 - RM 6,000 |