· info · 2 min read
6 Cara Buat Duit Secara Online Tahun 2023
Dalam era digital yang pesat ini, menjana pendapatan secara online telah menjadi pilihan yang semakin popular di kalangan individu yang ingin mencari peluang baru di internet. Dengan kemudahan akses kepada teknologi dan platform dalam talian, lebih ramai orang sedang mencari cara untuk mengukuhkan sumber pendapatan mereka melalui dunia maya.
Marketing Affiliate: Dalam dunia pemasaran digital, Affiliate Marketing muncul sebagai proses di mana seseorang mempromosikan produk atau perkhidmatan daripada individu atau syarikat lain dan seterusnya memperoleh komisen berdasarkan jualan yang dihasilkan melalui pautan affiliate yang digunakan. Menjadi ejen affiliate adalah percuma dan membolehkan anda mempromosikan produk atau perkhidmatan. Pelbagai program affiliate boleh diakses, termasuk di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Klikjer, Accesstrade, dan Involve Asia. Tidak lupa juga Lazada dan Shopee mula memperkenalkan affiliate marketing
Jualan Produk secara Dalam Talian: Peniaga dalam talian(Peniaga Online) boleh menawarkan pelbagai produk, dari barangan fizikal seperti pakaian, elektronik, dan kraftangan buatan tangan hingga produk digital seperti e-buku, perisian, dan kursus dalam talian. Tambahan pula, perkhidmatan seperti kerja bebas, perundingan, dan bantuan maya juga boleh ditawarkan secara dalam talian. Anda boleh mula perniagaan dengan kos yang sangat rendah menerusi platform e-commerce seperti Lazada, Shopee, Carousell dan sebagainya.
Penulisan Blog: Bagi individu yang berminat dalam seni penulisan, memulakan blog untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tentang topik pilihan adalah alternatif yang baik. Jana pendapatan melalui blog boleh dilakukan melalui Google AdSense atau menjual produk serta perkhidmatan tersendiri.
Pengisian Survey dalam Talian: Terdapat pelbagai laman web yang menyediakan pembayaran kepada pengguna yang mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian seperti ySense.
Servis Kemahiran: Bagi individu yang mahir dalam bidang seperti reka bentuk grafik, penulisan kandungan, atau pengaturcaraan(programming), servis kemahiran melalui platform seperti Fiverr atau Upwork adalah pilihan yang baik.
Pembuatan Video: Bagi individu yang mahir dalam pembuatan video, memuat naik kandungan video ke platform media sosial seperti YouTube, Facebook, Tiktok dan sebagain bagi menjana pendapatan melalui Google AdSense(bagi platform youtube) dan servis iklan yang ditawarkan secara lansung dari platform media sosial tersebut