· agama · 1 min read
Kongsi :
Cara Mandi Wajib
Mandi wajib, atau mandi junub, adalah mandi untuk mengangkat hadas besar yang diwajibkan dalam Islam membersihkan diri selepas beberapa perkara seperti bersetubuh, haid, keluar air mani atau nifas. Iainya dengan cara mengalirkan air ke seluruh tubuh badan termasuk kawasan lipatan disertakan dengan niat.
Langkah-langkah
- Niat: Niatkan mandi wajib dalam hati untuk membersihkan diri dari hadas besar. Niat adalah seperti di bawah
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Bismillah: Sebutkan “Bismillah” sebelum mengenakan air.
Mencuci tangan sebanyak 3 kali dan mencuci kemaluan dengan tangan kiri
Disunatkan berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti biasa.
Mengalirkan air keseluruh badan dengan mamasti semua kawasan dikenakan air termasuk kawasan lipatan pada kulit.