· agama · 1 min read

Kongsi :

Cara Solat Jenazah

Solat jenazah adalah kewajipan bagi orang Islam dan termasuk dalam fardhu kifayah. Solat jenazah adalah solat tanpa rakaat dan selalunya saf akan dirapatkan disebabkan tiada rukuk atau sujud. Berikut adalah cara solat jenazah.

  1. Niat. Seperti di bawah :-

“Sahaja aku solat atas mayat lelaki / perempuan ini, empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah taala.”

Jika anda tidak tahu jantina atau bilangan jenazah yang disolatkan, boleh niat seperti imam.

“Sahaja aku solat mengikut apa yang diniatkan oleh imam”

  1. Berdiri. Bagi yang tidak berkemampuan, diberikan kelonggaran untuk solat secara duduk.
  2. Takbir. 4 Kali Takbir. Untuk bacaan boleh rujuk poster dikongsi oleh Saudagar Kurma Solat Jenazah
  3. Beri Salam kanan dan kiri seperti solat biasa cuma dalam keadaan berdiri.
Kembali